RSS
email

Link Exchange

Setahun Sahaja Lagi

Jarum jam dinding yang terletak di ruang tamu tepat menunjukkan pukul 7 malam. Seimbas melihat, begitulah seakannya keadaan kerana waktu sudah hampir senja dan matahari sudah mula terbenam. Waktu itu, drama bertajuk Soffiya baru sahaja bermula. Sambil duduk-duduk menanti waktu maghrib tiba untuk berbuka puasa, saya memandang lagi ke arah jam. Masih lagi pukul 7 malam. Kerana ‘was-was’ saya pergi mendapatkan telefon bimbit,

“Ummi, jam ni dah rosaklah. Dari tadi asyik pukul 7 je.” Aku terus memberitahu ummi dalam keadaan separa menjerit. 

Sumber: google

Dan aku terus ke dapur menyediakan makanan untuk berbuka, sambil itu juga kedengaran suara azan berkumandang. Alhamdulillah, selesai sudah puasa untuk satu hari. Seperti biasa, sambil menikmati juadah bersama ummi, beliau akan sedikit demi sedikit memberikan nasihat agar membuat perancangan rapi untuk menghadapi semester baru nanti. Tinggal lagi beberapa hari sahaja, dan setelah 10 bulan lamanya aku tidak menghadap buku, mesti aku akan sedikit ‘awkward’ hendak pergi ke kelas.

Ya Allah, tinggal setahun sahaja lagi dan rasanya inilah peluang terakhir bagi aku untuk memperbaiki ‘performance’ aku. Bayangkan, setahun yang tinggal ini akan menentukan kerjaya aku dalam 30 tahun mendatang. Ianya juga akan menjadi ‘decisive time’ yang menentukan waktu bila aku kan menikah dan siapa jodoh aku. Kerjaya dan pernikahan adalah satu perkara yang sangat berkait rapat, semoga Allah mempermudahkan jalan.

Dalam masa setahun sahaja lagi, banyak perkara yang akan berubah. Mungkin kakak aku akan berkahwin, adik beradik aku akan ada yang graduate, kesihatan aku mungkin tidak macam sekarang, kawan-kawan pun akan ramai yang berkahwin, mungkin harta yang aku ada sekarang pun akan bertambah atau berkurang, dan macam-macam lagi. Apa yang perlu aku buat, adalah meletakkan keimanan dan kesabaran di hadapan. InsyaAllah, Allah akan membantu ketika di perjalanan.

Soal dakwah, mungkin perlu dapatkan semula semangat baru. Aku tak mampu selincah dulu, bahkan perancangan untuk ‘stay’ di Perak selepas ‘graduate’ mungkin tidak tercapai. Kerana ‘perspective’ telah berubah, dan kerana melihat usaha di bumi sendiri juga tidak seberapa, bagaimana pula aku hendak menghidupkan bumi orang. Sungguh, sebaik-baik perancang itu tetaplah Allah swt, aku hanya merancang dan berusaha semampuku.

Semoga sahabat-sahabat sentiasa berada di sisi, membantu saat aku lemah dan harapnya satu tahun ini dapat aku jalani dengan sebaiknya. Banyak yang orang lain tidak tahu pasal diri ini, tetapi harapnya nanti Allah temukan jodoh yang sangat memahami dan  semoga dia juga sentiasa mempersiapkan diri untuk menjadi muslimah yang sangat baik. Doa-doakan ye~

Aminnn..


P/S - Terima kasih buat yang meneman, menziarah, bagi semangat waktu cuti ni. Walaupun hanya sebentar, tapi ianya memberikan erti paling indah~

Bookmark and Share

2 comments:

ikhwah uitm said...

salam,akhi.jgn mudah lemah..kita dah yakin dgn perjuangan kita,jadi.ayuh terus melangkah!..kita ada agenda kita sendiri dan kita dijamin kemenangan oleh Allah;hanya Allah sebaik2 penjamin..abaikan sahaja persekitaran yg jauh dari islam;teruskan pengembaraan & perjuangan ini..mulakan dgn nama Allah..

Sham said...

Uhayyika bitahiyyatil islam....

Sudah lama juga tidak mndgr khbr dr anta....

Ana tersentuh dgn entry ini akh.. memang menjadi perjalanan hidup manusia akan melalui saat2 yg getir..kita tk dpt lari bahkan perlu tbh menghadapi... Hadapilah ia dgn penuh sbr dan hikmah.

Ana sentiasa berusaha "follow" perkembgn ikhwah di perak...tp apakan daya diri ini juga sudah tidak selincah dulu.Bnyk hak dan tggjwb terbeban menjadi hmbtan..sama2 kita doakan... Sesunnguhnya diri in sgt merindui keberadaan kita ketika berjuang bersama anta dahulu di Perak. Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Segala bentuk kritikan adalah sangat dialu-alukan. Andai masih lagi ada waktu, saya akan cuba memperbaiki setiap sisi kelemahan..

Jika berminat untuk menyebarkan artikel-artikel yang ada, boleh copy dan juga paste artikel tersebut. Cuma diharapkan dapat menyediakan link kepada blog ini kembali. Tetapi jika tak sudi, tak mengapa. Sama-sama ikhlas yuk~

Wallahua'lam. Saya hanya hamba lemah yang memerlukan kekuatan. 





 

Award

Loading...

Muslim Blogger United

Twitter Update