RSS
email

Link Exchange

Walaupun Tiada Syaitan


Bulan puasa kali ini jelas terasa lainnya. Walaupun hari siang tidak terasa sangat teriknya, dan waktu malam tidak terasa sangat sejuknya. Namun kelainan itu tetap dapat aku rasakan. Adakah Ramadhan kali ini lebih feeling? Mungkin kerana Ramadhan kali ini aku terasa lebih ‘independent’ kerana kebergantungan aku lebih banyak pada kekuatan diri. Kerana suasana universiti tidak berapa mempengaruhi, dan saat di rumah segala kebaikan itu atas keinginan diri sendiri. Jika aku tidak berbuat, tiada siapa yang peduli.

Walaupun tiada syaitan, diri aku tetap serupa. Yang berubah hanya pintu nafsu itu sahaja. Sekiranya aku tinggal di suatu tempat asing, tanpa orang islam, tanpa masjid, tanpa al-quran, tanpa sejadah, tanpa segala.. Apa agaknya yang aku bakal lakukan di Ramadhan ini? No one will actually notice that I am not doing ibadah.



Saat berpuasa di bulan Ramadhan, kenapa masih lagi kejahatan itu masih melata. Di hujung sana, orang sedang bergelak ketawa sambil terbatuk-batuk kerana menghisap rokok.Di sudut sini pula, wanita tidak bertudung sedang terjoget ria dengan kain yang melekat pada tubuhnya serba sedikit menampakkan lagi aurat yang ‘terselindung’. Di negara yahudi pula, penyeksaan kejam tetap berlaku. Di negara kafir yang lainnya judi, arak dan industri porno tetap rancak beroperasi. Adakah syaitan itu digari hanya untuk orang baik?   Ketahuilah walaupun tiada syaitan, tetapi tetap ada manusia bertopengkan syaitan.  

Ada pula manusia yang di bulan Ramadhan ini yang berubah menjadi lebih baik. Ianya satu perubahan yang sangat digalakkan, tetapi tetap ada sesuatu yang perlu diperbaiki. Bila manusia itu tiba-tiba berbuat baik, ketahuilah sebenarnya ada sinar iman dalam hatinya. Yang kadang-kadang sirna dan ditutupi suasana jahiliyah di sekelilingnya. Itulah bulan Ramadhan, satu bulan mulia yang mampu menjadikan ‘kain’ yang kotor menjadi putih, yang sedia putih menjadi semakin putih.

Tetapi tetap Ramadhan itu hanya sebagai ‘catalyst’, yakni pemangkin kepada perubahan. Bukan agen yang merubah. Agen perubahan itu tetap letaknya pada manusia. 

Ibu Bapa

Sebahagian manusia merasakan keseronokan berbuka puasa dengan keluarga tercinta, kerana nikmat kasih sayang dan juga nikmat merasakan air tangan ibu tercinta itu tidak sama seperti mana berbuka puasa dengan rakan-rakan. Tetapi sebenarnya bulan Ramadhan itu lebih mulia sifatnya.

Berapa ramai agaknya yang dapat solat berjemaah dengan adik beradik mahupun bersama ibu bapa kerana kebanyakannya yang terlampau kenyang menjamu santapan yang ada. Berapa ramai yang berjaya mengajar adik-adiknya membaca al-quran kerana terlalu lalai dengan aktiviti-aktiviti yang ‘memenatkan’. Kepentingan ibu bapa dalam membentuk suasana dan mengajar etika sebenar ramadhan agak kurang diperhatikan zaman ini.

“Setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih). Maka ibubapanyalah yang akan membentuknya menjadi Yahudi atau Nasrani atau Majusi”

Sahabat

Ramadhan itu bulan ukhuwah, bulan untuk bersilaturrahim dengan kawan serta kenalan yang ada. Memang inilah masanya kita pergi ke bazaar bersama, berbuka bersama, masak bersama, tadarus bersama, kejutkan sahur dan lain-lain lagi. Rasanya perkara ni ramai yang buat, dan saya sangat suka melihatnya.

Tapi di Ramadhan ini juga ramai yang gagal meninggalkan budaya mencarut sesama rakan, budaya melepak sampai ke subuh, menonton filem ‘erotik’ bersama-sama, menghisap rokok bersama-sama, dan lain-lain. Walaupun di situ terlihatnya ketegaran ukhwah mereka, tapi ini bukanlah ukhwah fillah yang sebenarnya. Bentuklah suasana ‘imaniyyah’, dan ambillah kesempatan di dalam Ramadhan yang dibelenggunya syaitan dan ia tidak mampu merobek ukhwah yang ada dengan bisikan jahatnya.

Hadith Nabi : "Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)

Guru

Pentingnya juga peranan guru, ustaz atau murabbi dalam mendidik anak buah. Membaja mereka dengan ilmu dan kefahaman bukan sahaja dari segi fiqh puasa, bahkan ilmu sirah, syamail Muhammad, ilmu hadis, ilmu Al-Quran dan juga mengajarkan erti Islam yang benar-benar syumul. Hubungan itu diperluaskan, daripada ceramah-ceramah di masjid kepada nasihat-nasihat tidak formal dan tetaplah ‘lisanul hal’ itu lebih berkesan.

Kadang-kadang orang lupa dengan peranannya sebagai pembimbing ummat, dan sibuk mementingkan hal keluarga dan kewangan peribadi.

Buat Sang Murabbi

***

Menjadi khalifah tidak semestinya menjadi pemimpin, tetapi cukuplah kita menjadi pembimbing dan menunaikan tanggungjawab serta hak yang ada. InsyaAllah, Ramadhan ini akan lebih terasa maknanya bila kita banyak memberi. Wallahua’lam

P/S – Alhamdulillah, dapat juga update walaupun dalam keadaan iman yang serabut.




Bookmark and Share

2 comments:

firdausmuhammad said...

Greta post, akh !!

emm.. peringatn tuk diri ana jugak..
moga Ramadhan yg berbaki ni,
masih dapatkita sama2 manfaatkan..
insyaALLah.. :D

Macedonia said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Segala bentuk kritikan adalah sangat dialu-alukan. Andai masih lagi ada waktu, saya akan cuba memperbaiki setiap sisi kelemahan..

Jika berminat untuk menyebarkan artikel-artikel yang ada, boleh copy dan juga paste artikel tersebut. Cuma diharapkan dapat menyediakan link kepada blog ini kembali. Tetapi jika tak sudi, tak mengapa. Sama-sama ikhlas yuk~

Wallahua'lam. Saya hanya hamba lemah yang memerlukan kekuatan. 





 

Award

Loading...

Muslim Blogger United

Twitter Update