RSS
email

Link Exchange

Burung Tanpa Sayap


Jari jemari kemas digenggam, dan seluruh tenaga disalurkan ke buku lima itu.

“Dush!!” pohon sena itu bergegar sedikit selepas ditumbuk dengan keras oleh lelaki muda yang nampaknya sedang marah tidak keruan.

Tangan yang menumbuk semakin memerah, dan terdapat sedikit calar yang lukanya ditutupi debu-debu pokok. Tangan yang sakit itu dihentak lagi berkali-kali, dan wajahnya semakin memerah. Akhirnya air mata jantannya keluar juga, lahir daripada kepedihan hati yang sangat dalam. Kekecewaan dan kemurungan menguasai akal warasnya dan setelah penat dia berbaring sebentar di bawah pohon sena itu.

Mulutnya seperti mengomel sendirian,

“Ya Allah, aku mahu bebas. Tetapi kebebasan itu membuatkan aku jauh daripada kau. Ampuni aku ya Allah, aku tak layak masuk ke dalam syurgaMu.” Air mata lelaki itu semakin berderaian, tiada siapa tahu apa yang dialaminya. Dia ingin mencari teman yang boleh memahami isi jiwanya, tetapi tidak berjumpa. Kekasih lama sudah mempunyai teman baru. Kalau dulu, dialah teman diluahkan segala. Tetapi kerana takut bermaksiat, dia tinggalkan wanita yang sangat dicintainya itu.

Air hidungnya mula banjir, dikesatnya apabila semakin menyesakkan nafas. Tetapi kesedihannya tetap tidak pergi.



“Rasanya sekarang ni dah masuk 4 tahun aku cuba berubah. Tapi, sekarang ni hidup makin serabut dan aku semakin hilang punca. Keinginan terpaksa ditahan, kebaikan yang menutup diri seperti dibuat-buat. Ya Allah, hati ini terasa seksa. Hati aku semakin lama semakin terasa kerasnya..”

Lelaki muda itu tertidur di dalam sedihnya. Dan angin pun berhembus membawa ruhnya pergi mengintai dunia.

Di dalam mimpinya, dia terlihat seekor burung. Pergerakan burung itu agak aneh, kerana ia seperti hanya tahu berjalan dan melompat. Langsung tidak terbang. Selepas diperhati dan diperhati, rupa-rupanya burung itu tiada sayap. Kenikmatan berterbangan di angkasa tidak dapat dirasakannya, dan ia tetap meneruskan hidup.

Lelaki itu lantas terjaga, dan saat itu air matanya telah kering. Namun kesedihannya masih lagi berbekas. Kemudian, mimpinya tadi tiba-tiba terngiang-ngiang kembali. Tidak tersangka-sangka, kehidupan burung itu agak signifikan dengan dirinya.

Walaupun banyak perkara yang ingin dilakukan, demi mencari kebebasan dan berseronok bersama teman-teman. Tetapi terdapat batas yang menghalang. Menjadi muslim bukan hanya sekadar bersyahadah dan menunaikan rukun Islam tetapi untuk hidup dengan seluruh kudrat yang ada demi menjadi hamba Allah yang taat dan cinta padaNya.

Mungkin tak dapat nak couple-couple/sosial macam kawan yang lain, tak dapat nak hisap rokok kepul-kepul, tak dapat tengok wayang ngan kawan, tak boleh ‘dressing-dressing’, gelak ketawa macam tak ingat, berjoli sakan, dan lain-lain. Kerana dunia ini sangat besar ertinya, dan bukannya permainan semata. Menjadi manusia ‘tanpa sayap’ yang tidak dapat merasa nikmat ‘terbang’ di dunia, insyaAllah akan menjadi lebih bermakna bila Allah kurniakan nikmat yang lebih besar di akhirat sana.

“Ya Allah, thabbit qulubana ‘ala dinik, wa ‘ala thoatiq.”


“Pada hari kiamat didatangkan orang yang paling nikmat hidupnya sewaktu di dunia dari penghuni neraka. Lalu ia dicelupkan ke dalam neraka sejenak. Kemudian ia ditanya: ”Hai anak Adam, pernahkah kamu melihat suatu kebaikan, pernahkah kamu merasakan suatu kenikmatan?” Maka ia menjawab: ”Tidak, demi Allah, ya Rabb.” Dan didatangkan orang yang paling menderita sewaktu hidup di dunia dari penghuni surga. Lalu ia dicelupkan ke dalam surga sejenak. Kemudian ditanya: ”Hai anak Adam, pernahkah kamu melihat suatu kesulitan, pernahkah kamu merasakan suatu kesengsaraan?” Maka ia menjawab: ”Tidak, demi Allah, ya Rabb. Aku tidak pernah merasakan kesulitan apapun dan aku tidak pernah melihat kesengsaraan apapun.” (HR Muslim 5018)



Bookmark and Share

2 comments:

alhanun Nur said...

sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga..
sejauh-jauh kita dari cintaNya akhirnya Allah yang akan kita damba..betapa cintaNya membuat ku terpana..

Ibnu_ghazali said...

alhanun Nur:

Alhamdulillah, sungguh cinta Allah itu luar biasa~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Segala bentuk kritikan adalah sangat dialu-alukan. Andai masih lagi ada waktu, saya akan cuba memperbaiki setiap sisi kelemahan..

Jika berminat untuk menyebarkan artikel-artikel yang ada, boleh copy dan juga paste artikel tersebut. Cuma diharapkan dapat menyediakan link kepada blog ini kembali. Tetapi jika tak sudi, tak mengapa. Sama-sama ikhlas yuk~

Wallahua'lam. Saya hanya hamba lemah yang memerlukan kekuatan. 





 

Award

Loading...

Muslim Blogger United

Twitter Update