Johan melangkah keletihan menaiki tangga rumah. Hari ini adalah hari yang paling memenatkan baginya. Di waktu paginya dia terpaksa bangun awal untuk menyediakan sarapan untuk anak-anaknya, kerana isterinya sudah tiada. Sebaik sahaja masuk waktu subuh, dia berjalan kaki pula ke masjid. Kemudian, setelah menghantar anak-anaknya ke sekolah, dia perlu mencari rezeki dengan bekerja di kilang.
Ketika sedang duduk berehat di waktu makan tengah hari, tiba-tiba dia disapa oleh seseorang.
Khalid: Johan, termenung je nampak. Menung apenye ni?
Khalid: Johan, termenung je nampak. Menung apenye ni?
Johan: Huh, aku bukan termenung Khalid. Aku tengah berfikir ni. Fikir masa depan.
Khalid: Kenapa? Nak cari bini nombor dua ke?
Johan: Hish.. ke situ pulak dia. Aku tengah fikirkan nasib aku lepas ni. Taktaulah ape lagi ujian yang bakal aku hadapi nanti. Ya Allah, sengsara betul hati aku ni.
Khalid: Sabar Johan, aku tau kau sedih. Tapi takkanlah tiap-tiap hari nak sedih, benda tu semua dah berlaku. Tak boleh nak patah balik lagi dah. Yang kau kena yakin, lepas kesusahan-kesusahan ni. InsyaAllah kau akan merasakan manisnya.
Johan: Maksud kau?
Khalid: Allah tu lebih mengetahui. Sabar je, sabar tu sebahagian daripada imankan ?
Johan: ….
Johan hanya tersenyum. Sepinya seribu bahasa, dan apa yang mampu diluahkan hanyalah hembusan nafas berat.Cuba memberi semangat kepada diri sendiri, yang pada saat itu masih cuba menepis kesedihan.
Khalid: Kenapa? Nak cari bini nombor dua ke?
Johan: Hish.. ke situ pulak dia. Aku tengah fikirkan nasib aku lepas ni. Taktaulah ape lagi ujian yang bakal aku hadapi nanti. Ya Allah, sengsara betul hati aku ni.
Khalid: Sabar Johan, aku tau kau sedih. Tapi takkanlah tiap-tiap hari nak sedih, benda tu semua dah berlaku. Tak boleh nak patah balik lagi dah. Yang kau kena yakin, lepas kesusahan-kesusahan ni. InsyaAllah kau akan merasakan manisnya.
Johan: Maksud kau?
Khalid: Allah tu lebih mengetahui. Sabar je, sabar tu sebahagian daripada iman
Johan: ….
Johan hanya tersenyum. Sepinya seribu bahasa, dan apa yang mampu diluahkan hanyalah hembusan nafas berat.
***
Setiap Yang Berlaku Itu Ketentuan Ilahi
Di dalam kehidupan, setiap orang pasti menempuhi pengalaman yang berbeza dengan orang lain dan ini berkait dengan suka duka di dalam perjalanan. Sungguh, terdapat pelbagai perkara yang sukar untuk ditafsirkan kerana setiap apa yang berlaku itu kadang-kadang berlaku secara tiba-tiba tanpa dirancang. Sekiranya ia perkara baik, kita merasa beruntung. Sekiranya ia perkara yang buruk, kita merasa musibah.
Seringkali kita mengkritik tuhan dalam keadaan yang kita sendiri tidak menyedari. Sesaat kita tidak bersyukur, itu sebenarnya satu bentuk kritikan kepada Sang Maha Pencipta. Lalu manusia itu melanggar peraturan tuhan sesuka hati, sambil tersenyum puas kerana dia sudah menonjolkan keberaniannya.
Manusia tidak menutup auratnya, menonton perkara yang diharamkan oleh matanya, tidak menjaga halal dan haram dalam hidup, menghabiskan masa pada perkara yang tidak jelas kepentingannya dan macam-macam lagi. Sekiranya kita melakukan perkara-perkara tersebut, ibarat kita mengkritik Allah dengan kata-kata kesat,
“Arghhh.. Menyampah aku dengan peraturan ni semua. Tak logik, merepek, bla.. bla.. bla.. Ini hidup aku, lantaklah aku nak buat apa. *****..”

Apa itu Takdir
Ketika bersandar di kerusi, termenung panjang memandang ke masa hadapan. Timbul pelbagai pertanyaan yang sukar untuk dijelaskan dengan akal. Dan apa yang saya fikirkan adalah soal takdir.
Antara pendapat yang saya musykilkan, bahawa ramai berpendapat bahawa Allah sudah menetapkan neraka dan syurga bagi seseorang. Di dalam ayat al-Quran surah 13 ayat ke-11 dan juga surah 8 ayat ke-53 pula menerangkan sebaliknya.
“(Siksaan) yang demikian itu adalah karena sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada suatu kaum, hingga kaum itu mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka sendiri, dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Al-Anfaal, 8:53)

“Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.” (Ar-Ra’d, 13:11)
Ramai manusia yang menanti-nanti hidayah, dan menunggu masa untuk berubah supaya perubahan itu datangnya daripada dalam diri. Saya lihat, permasalahan ini banyak berlaku pada wanita. Bertudung apabila mahu, bertudung bila datangnya hidayah. Sekiranya tidak, maka sebenarnya Allah mahu dia kekal begitu. Betul ke? Musykil rasanya..

Sekiranya manusia diberikan kebebasan membuat keputusan, di mana pula perginya kuasa Allah membuat satu ketetapan. Kita melakukan perubahan pun semuanya kerana ia telah ditetapkan, dan kerana telah terpilih oleh-Nya. Sekiranya tidak terpilih, maka kita kekal dengan kemaksiatan yang ada. Kalau macam tu, di mana sifat Maha Adil pada Allah.
Saya rasa akidah saya telah songsang pada ketika itu. Kefahaman macam mana yang perlu saya ikut, dan adakah Allah telah takdirkan syaitan untuk menghasut aku begini? Dan Allah juga menetapkan yang aku akhirnya akan mengikut jejak langkah syaitan. Astaghfirullah, saat itu aku memohon ampun padanya agar hati itu tidak berbolak balik.

Manusia Bukan Robot
Saya yakin Allah itu Maha Adil dan juga Maha Mengetahui,
“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)" (Al-An’aam, 6:59)
Adakah manusia itu robot, yang telah diprogram oleh penciptanya? Sudah pasti tidak, kerana manusia juga cuba mencipta robot yang mempunyai ciri-ciri ‘manusia’ dan dilengkapi fungsi ‘Artificial Intelligence’. Itu menunjukkan bahawa manusia mempunyai ciri-ciri istimewa yang tidak ada pada robot.
Apakah lebihnya manusia?
Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku:
Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah:Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah.Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu.Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya).(Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi.)
Allah sememangnya telah menetapkan segalanya dari azali lagi, dan tidak ada yang mampu mengubahnya. Kerana ‘pena telah diangkat dan lembaran telah kering’. Namun manusia bukanlah robot yang sebegitu kecil fungsinya, bahkan manusia itu lebih hebat kerana dikurniakan akal.
Saya cuba mengaitkan apa yang saya faham dengan teori programming yang mudah. Yakni if ‘something happens’, ‘something’ will be true and ‘something’ will be false. Manusia itu pada awalnya telah diperincikan kehidupannya, dan bermula dengan keadaan fitrah. Kemudian dia akan berhadapan dengan macam-macam pilihan dan sekiranya dia membuat pilihan itu, perkara lain akan bersangkutan dengannya dengan menggunakan konsep true or false.
Ianya seakan-akan rajah di bawah, dan harap pembaca dapat menggunakan imaginasi sendiri untuk faham teori yang saya maksudkan tadi.
Ianya seakan-akan rajah di bawah, dan harap pembaca dapat menggunakan imaginasi sendiri untuk faham teori yang saya maksudkan tadi.
Banyak lagi perkara, dan sekiranya disusun di atas satu lembaran, ianya tidak akan berpenghabisan kerana di dalam dunia ini kita dikaitkan juga dengan peribadi manusia-manusia lainnya dan kondisi alam yang pelbagai. Peribadi diri, iman, dan juga kawan-kawan akan sentiasa mempengaruhi kita dan membentuk masa depan kita.
Kalau diikutkan, programming Allah adalah programming terbaik dalam dunia kerana manusia itu berbilion-bilion bilangannya, haiwan juga berbilion-bilion juga, elemen alam, planet dan juga pelbagai lagi perkara telah siap disusun oleh Allah dengan kebarangkalian yang sangat cantik.
Maka berusahalah untuk memperbaiki peribadi diri dan juga ‘mindsetting’ kita. Kita juga perlu sentiasa melihat kepentingan menjaga iman dan juga kepentingan mencari bi’ah yang baik. Sentiasalah memohon agar Allah menetapkan kita di jalan hidayah, dan berusaha secara praktikal untuk mencari hidayah itu.
Sekarang saya yakin, bahawa Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Adil. Yang penting. Kita juga perlu sentiasa bijak membuat keputusan dan menggunakan masa kita dengan baik kerana ia akan mencorak masa hadapan kita. Ketahuilah hidayah itu tidak dating bergolek.
Every step counts and will lead to something even us is not sure of. But there is sure way that gives sure result. That is to live with taqwa and you will get jannah because it was guaranteed by Allah.
Wallahua’lam~

0 comments:
Post a Comment