RSS
email

Link Exchange

Saya Nak Jadi Ustaz

Bismillahirrahmanirrahim, innalhamdulillah. Nahmaduhu wanasta’inuhu wanastaghfiruh. Wana’uzubillahu min syururi anfusina wa min sayyiati a’malina. Mai yahdillah fala mudillalah, wamai yudlil fala haadiyalah. Asyhadualla ilaha illallah, wa asyhaduanna muhammadan ‘abduhu warasuluh.

Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. [Ash-Saff, 61:2-3]

Subhanallah, terasa macam ustaz pula bila bercakap dengan menggunakan ayat-ayat ni. Ditambah lagi dengan ayat-ayat al-Quran dan juga al-hadith, mungkin para muslimin dan muslimat yang mendengarnya akan merasakan bahawa yang berada di hadapan itu sungguh berilmu seperti layaknya seorang ustaz. Sekiranya dihiasi pula diri dengan serban ataupun kopiah serta berjubah, pasti orang akan pandang kita sebagai seorang yang cukup hebat dan layak untuk berada di hadapan.

Tapi sekiranya kita tampil di hadapan dengan hanya berseluar jeans serta memakai baju t-shirt biasa, pasti kata-kata kita akan kurang didengari bahkan mungkin dikeji.

“Alah.. Budak ni tetibe je nak bagi nasihat kat aku. Tapi lebeh kurang je dia ngan aku sebenarnye.”

Cakap pasal fesyen boleh le kot~

Wallahua’lam, mungkin pendapat umum seperti itu sangat sukar untuk kita hilangkan di kalangan masyarakat. Dan seharusnya seorang da’ie itu ‘put up to the standard’ tetapi tak semestinya berjubah dan berserban. Boleh sahaja berpakaian santai, tetapi yang penting kemas dan berpakaian sesuai dengan audience kita. Sekiranya berdepan dengan golongan professional, kita kena tampil seperti professional. Sekiranya dengan ustaz, dengan pelajar, dengan golongan wanita, perlu ada standard yang kita letakkan untuk berhadapan dengan mereka.

Wah, macam hipokrit pula sebab kita tidak menjadi diri kita yang sebenar. Tidak sebenarnya, kita perlu ‘put up to the standard’ supaya kita tidak dihina oleh mad’u-mad’u di hadapan kita. Sedangkan Rasulullah juga sentiasa menjaga ‘standard’ baginda dengan berpakaian kemas, rapi dan memakai wangi-wangian sepanjang masa. Kita bukan seperti golongan murahan yang menggadaikan agama hanya kerana tuntutan ‘pengarah’ dan tuntutan nafsu ‘peribadi’ yang ingin dikatakan cantik dan seksi. Itu publisiti murahan namanya.

Kenapa Nak Jadi Ustaz?

Saya pada satu waktu dahulu sangat tidak memandang ustaz sebagai orang yang sangat perlu dihormati. Kerana, saya lihat kebanyakan golongan ustaz sendiri yang merokok, bercakap kasar, dan juga selalu marah-marah ketika saya di asrama dahulu. Terasa sangat tidak berminat dengan mata pelajaran agama Islam kerana ianya hanya berpandukan buku teks dan ustaz yang mengajar juga sangat garang. Sebab dahulu pernah ada kes ustaz tampar budak hanya kerana ‘nakal’. Pada pendapat saya, sangatlah tidak adil dan saya takut dengan golongan ustaz ni.

Dulu, saya pun biasa kena rotan sebab terlambat bangun. Hehe..

Pandangan serong seperti ini pasti banyak berlaku dikalangan masyarakat kita, dan sebab itu kebanyakan orang tidak suka dengan golongan-golongan PAS sebab mereka ramainya terdiri daripada ‘ustaz’. Herm, akhirnya Barisan Nasional berkuasa, kerana mereka kurang sikit ‘ustaz-ustaz’ ni.  

Say tetap minat dengan Ustaz Hasrizal~

Tetapi, selepas ditarbiyah dalam setahun dua. Saya tiba-tiba menjadi sangat berminat untuk menjadi seorang ustaz. Pernah terfikir ingin melanjutkan pelajaran ke Mesir, belajar bahasa Arab sehingga fasih, menghafal al-Quran 30 juzuk, dan juga sudah pasti berkahwin juga dengan ustazah. Mungkin kerana didorong rasa kurang berminat dengan mata pelajaran matematik dan fizik yang semakin susah dan memberatkan otak, saya terasa cenderung untuk menjadi Ustaz.

Namun selepas berbincang dan berbicara dengan beberapa orang ikhwah, mereka mengatakan yang keputusan saya kurang matang dan tidak berapa jelas. Sekiranya saya betul-betul nekad dengan keinginan saya tadi, adalah lebih baik saya menamatkan sahaja pembelajaran saya pada ketika itu juga. Sia-sialah harapan keluarga dan PETRONAS setelah dua tahun saya belajar di UTP dan menghabiskan masa dan duit mereka.

Pada masa itu saya sangat tidak matang dan berdarah panas. Tidak berfikiran jauh dan selalunya ikut mood sahaja dalam segala hal. Pendirian saya hilang, dan cita-cita menjadi tidak jelas, dan saya berasa sangat-sangat kecewa dengan diri sendiri kerana tidak ada perancangan yang betul-betul jelas dan tepat. Pengetahuan am saya lemah dan tidak logik.

Niat saya ingin terkehadapan di dalam masyarakat, dan memperbetulkan persepsi mereka kepada ‘ustaz’ agak terumbang ambing dan rapuh. Tetapi, nasihat daripada seorang ikhwah telah menyegarkan kembali jiwa ini..

“Akh, kita tak semestinya bergelar ustaz untuk menjadi seorang ‘ustaz’. Tak perlu tiba-tiba mengambil jurusan agama dan belajar di Mesir untuk menjadi ‘ustaz’. Kita perlu teruskan sahaja dengan apa yang kita ada, dan tidak menyesal kerana membuat keputusan ini pada satu waktu dahulu.

Anta mungkin ‘down’ sebab prestasi akademik anta tak sehebat masa sekolah dulu dan minat pun dah berubah. Tapi ingatlah, Allah knows best. Dia letakkan kita untuk belajar Engineering pasti ada hikmahnya. Kalau anta nak tahu banyak ilmu agama, sirah dan kuat hafalan, anta boleh juga lakukan sedemikian sebagai seorang Engineer ataupun doktor. Cumanya, usaha kita perlu lebih dan sentiasa manfaatkan masa yang ada.

Contoh macam Dr. Hizul, dia doktor tapi boleh bercakap bab agama lebih hebat daripada ustaz-ustaz. Kata-katanya penuh dengan ruh dakwah. Anta better jadi macam dia, sebab golongan professional zaman sekarang sangat sedikit yang boleh betul-betul bercakap pasal Islam. Bagi ceramah tu mungkin boleh, tetapi nak menghidupkan hati-hati orang Islam yang lain tu belum tentu lagi.”

Panjang lebar nasihat ikhwah tersebut dan saya merasa sangat terkesan dengan nasihatnya. Syukur, ada orang yang begitu jelas dan matang pemikirannya walaupun pada usia muda. Jadi, sekarang matlamat saya tidak berapa terkongkong dan lebih bebas untuk memilih. Cumanya, saya perlu buat keputusan dan betul-betul memburu cita-cita tersebut dengan penuh iltizam.

nak jadi macam ni?
Sekarang saya sedang membuat pilihan untuk mencorak masa depan. Kadang-kadang, kerana matlamat yang kurang jelas membuatkan iman itu goyah. Orang yang sudah mula hilang keyakinan boleh dipengaruhi oleh syaitan, dan akhirnya menjadi seorang hamba yang kufur dan memilih jalan yang salah. Wallahua’lam, every decision is for Allah~

P/s - Rindu dengan Akh Hizul, semoga bertemu di syurga


Bookmark and Share

7 comments:

Asraff Razali said...

assalamualaikum.. ana suka dgn entri diatas. sgt terkesan. mudah-mudahan ana mahu jd sprti ap yg Dr.Hizul lakukan.Di samping bkrja sbg doktor,dakwah tdk dilupakan. Memberi inspirasi utk ana brdakwah.

Ibnu_ghazali said...

waalaikummussalam.

Alhamdulillah mesej sampai. harapnya agar daie daripada golongan bukan ustaz ni tetap tegar dan selari dengan alquran dan sunnah.

Anta nak jadi ape?

Jaafar Bin Othaman. Authorized Dealer (A1648) Public Fine Gold International Sdn Bhd said...

Salam.. akhi yang ana kasihi kerana Allah.. walaupun kita mungkin tak dapat jadi ustaz namun kita boleh menjadi lebih baik dari ustaz dengan menjadi "Protaz" Profesional Ustaz. Dua bidang kita kuasai sekaligus.Lebih HEBAT bukan!!

Ibnu_ghazali said...

wasalam.

haa. baru teringat ungkapan protaz tu. tapi ana tak suke protaz, cam terlebih profesional le plak.

jadi orang biase dah le.. tapi dengan langkah luar biase~

Anonymous said...

subhanallah..jzkk for sharing,sgt terkesan..

Ibnu_ghazali said...

anon: Terkesan itu mungkin kerana Allah. siapalah saya utk menyentuh jiwa-jiwa..

abcdef said...

touched. sy masih jauh dgn Dia. rase sedih. syukur la duduk utp, byk tarbiyah..doakan sy yg xduduk utp n kurang tarbiyah ni. envy u

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Segala bentuk kritikan adalah sangat dialu-alukan. Andai masih lagi ada waktu, saya akan cuba memperbaiki setiap sisi kelemahan..

Jika berminat untuk menyebarkan artikel-artikel yang ada, boleh copy dan juga paste artikel tersebut. Cuma diharapkan dapat menyediakan link kepada blog ini kembali. Tetapi jika tak sudi, tak mengapa. Sama-sama ikhlas yuk~

Wallahua'lam. Saya hanya hamba lemah yang memerlukan kekuatan. 





 

Award

Loading...

Muslim Blogger United

Twitter Update