RSS
email

Link Exchange

Laghonya Aku

Hembusan nafas dah tak sesegar mana, terasa kelat dengan sisa-sisa toksik maksiat. Pandangan mata juga sudah tidak berapa jelas, hampir ditutupi dengan warna-warna noda fitnah. Kaki dan tangan juga terasa berat tuk digalas, kerana sering tenggelam di dalam arus perkara-perkara lagho.

“Aku terasa seperti semakin jauh dengan Allah..”




Walaupun..

Selalu sahaja aku bermotor ke sana ke mari dengan alasan dakwah, tapi itulah sahaja masa untuk aku bebas dari pemikiran duniawi. Aku fikirkan buruk baik tindakanku, sejauh mana pengorbananku, dan juga sebanyak mana telah aku berubah. Tetapi, bekas-bekas muhasabah itu hanya sebentar cuma. Jarang aku dapat istiqamah.

Selalu juga aku memberikan pengisian buat ikhwah-ikhwah dan anak halaqah. Sampaikan kadang-kadang, kata-kata aku memakan diri. Terasa menyesal, dan tidak yakin untuk diteruskan. Bila berkata, teringat ayat Allah dalam surah 61 ayat 2 dan 3. Tapi aku teruskan juga, atas dasar tanggungjawab, dan juga kerana aku tidak mahu mereka menjadi seperti aku. Allahuakbar, aku tahu kata-kata aku tidak berisi.

Selalu sangat aku berbincang isu dan masalah dakwah bersama ikhwah. Kadang-kadang aku memberikan kritikan dan rasa tidak puas hati kepada kepimpinan atas beberapa permasalahan. Tanpa aku sedar, sebenarnya diri ini juga tidak sempurna dan banyak sisi kurangnya. Oh, sungguh Ya Allah, aku hanya hambamu yang tidak mahu disalah erti.

Dan aku rasakan puncanya hanyalah kerana aku sudah kurang lazim membaca wirid zikir. Mulut yang sudah terasa dikunci syaitan, dan nafsu juga sentiasa meronta-ronta membuatkan akal seringkali tewas. Takkan mungkin aku mampu menjadi makhluk syurga, seandainya nafas ini masih kering dari kalimat taqwa.

Astaghfirullahalazim.

Mungkin mulut rancak memberi nasihat, tapi tanpa sedar.. Hati itu merintih,

“Hipokritnya aku..”

Diharapkan sahabat-sahabat dapat sentiasa berpesan, kepada hamba yang lemah ini. Ubat aku dari kelalaian ya Allah~

Nasihat juga buat diri:

*Banyakkan menundukkan pandangan terhadap wanita, sesungguhnya mereka tidak halal untukmu.
*Banyakkan melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah, agar tidak dapat diusik dengan godaan syaitan
*Cuba selesaikan segala urusan yang tertangguh terlebih dahulu, supaya tak menyesal nanti.
*Kurang-kurangkan buat aktiviti lagho, kuatkan mujahadah, dan ingatlah Allah sentiasa melihatmu.
*Sentiasa ingat, bahawa Allah masih sayangkan kamu.
*Dekatkan kembali dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, dan perbaiki mutabaah.

Agar Bisa Menangis – ibnu_ghazali

P/s - 1 Rejab akan tiba dalam beberapa hari lagi. Saya rasa saya kena banyak puasa... sob3





Bookmark and Share

4 comments:

Amin Baek said...

ayuh kuatkan diri sahabatku..

kita sama sama perbaiki hubungan dengan Allah..
mungkin ada sisi sisi gelap kita yang tidak zahir di mata kita..
bykkan berdoa,dan terus berdoa..

insyaallah,ana,kami dan semua ikhwah,mendoakan nta...doakan kami..juga(wpon doa yang tidak diketahui adalah lebih baek..hehe)

Ibnu_ghazali said...

banyak sisi gelap, banyak sisi kotor. ibarat kereta kancil 850cc.

herm, nasihat sikit pada ikhwah-ikhwah, jangan rajin sangat tergelak ketawa tgk maharaja lawak tu.

banyak ketawa boleh menggelapkan hati~

hati_tulus said...

ana dapati setiap apa yg anta tulis mmg ad yg sme mcm ap yg ana lalui dlm episod hidup ana..mmg terkesan n ana dpt mmahami perasaan anta..lalu mmbuat anata utk trut sme mbaiki kesilapan...biasa lah stiap aktivis dakwah pasti akan cpai stu part 'futur' dlm pjlanannya..mmpunyai mad'u yg rmai blom mnjmin kiter adlh yg terbaik slagi kite x take note 61:2-3
ana pon seolah2 nk start blajar smula utk brmujahadah...

hati_tulus said...

ana tujukan gak lagu dr devotees: bukan niatku utk akh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Segala bentuk kritikan adalah sangat dialu-alukan. Andai masih lagi ada waktu, saya akan cuba memperbaiki setiap sisi kelemahan..

Jika berminat untuk menyebarkan artikel-artikel yang ada, boleh copy dan juga paste artikel tersebut. Cuma diharapkan dapat menyediakan link kepada blog ini kembali. Tetapi jika tak sudi, tak mengapa. Sama-sama ikhlas yuk~

Wallahua'lam. Saya hanya hamba lemah yang memerlukan kekuatan. 





 

Award

Loading...

Muslim Blogger United

Twitter Update