RSS
email

Link Exchange

Tadahkan Tanganmu dan Pohonlah Sesuatu

---play lagu ni dulu yer --

Manusia itu lemah, tidak punya apa-apa tatkala lahir ke dunia.
Lahir tanpa seurat pun benang yang menutupi, dan dia lemah hanya tahu menangis.
Dia juga tidak tahu sedikit pun erti dunia, hanya tahu meminta.
Namun, Allah berikan dia segalanya.. Kenikmatan yang tiada tara, tiada terkira..

Tetapi manusia lupa..

Aku juga begitu, tiada bezanya dengan mana-mana manusia di sekitarku.
Walaupun cuma sekadar insan biasa, tiada apa-apa dan lemah tidak bermaya,
Tetapi aku tetap mendabik dada kepada yang Esa, bermaksiat tanpa menghiraukan-Nya.

Adakah aku lakukannya tanpa kesedaranku? Tidak sama sekali, bahkan aku cuba merancang maksiat itu dengan penuh kebijakan.
Aku putar teori dan fakta, supaya kemaksiatan aku kelihatan bijaksana.
Cuba bersembunyi, walaupun ku tahu Tuhan melihat sentiasa..
Sehingga setelah kulakukannya, aku menyesal tidak terhingga.

Kenapa aku menyesal?
Kerana nikmat yang dirasakan itu tidak sehebat mana, hilang ditelan masa..
Aku cuba tuk bertaubat, tapi merasa tiada daya. Lemah tidak terhingga..
Nafsu yang memandu aku tetap kuat mencengkam di dada,
Menghalang aku istiqamah dalam penyesalan.

Di manakah kau wahai iman? Kenapa kau tidak berbisik-bisik kepadaku..
Aku perlukanmu saat ini, agar mampu tuk kutinggalkan noda dosa,
Dengarlah wahai iman, dengarlah seruanku..
Masuklah kembali ke dalam hati, suburkan kembali hati ini yang semakin kering.
Ya Allah, besarnya dosaku…

sumber:deviant art


Bookmark and Share

4 comments:

zulaikha said...

bismillah.

hampir tiga tahun aku ditarbiyah.
melihat kembali diri ini.
seakan diri ini jauh lebih teruk.
berbanding saat tarbiyah mula menyapa..

hati kian gersang..
iman kian tandus...
maksiat kian subur..
dosa makin menumbuh..

apakah yang sedang aku lakukan...

Ibnu_ghazali said...

jzkk atas perkongsian,

tiga tahun ditarbiyah,saat cabaran sebenar mula menyapa diri kita.
Sama ada kita sedar ataupun tidak,
kadang-kadang kefahaman menipu akal kita yang sehat..

Tatkala kita hebat berdakwah,
mengembara sana sini mencari kemanisan iman..
sudah pasti datangnya rasa penat dan lelah, akhirnya kita mahu berehat..

Tapi ingat ukhti, jangan sekali-kali ghuluw dalam kerehatan.

Jangan perbanyakkan diri dalam perkara-perkara lagho, kerana buahnya hanyalah maksiat..

Jangan perbanyakkan diri meninggalkan amalan sunat, kerana
ianya adalah pagar antara diri dengan maksiat..

Harap ukhti dapat mencari ketenangan, dan harap dapat bersabar..

Masanya akan tiba,cuma perlu buang
kemaksiatan yang bersarang...

ash_mza said...

salam 'alaik...
Terasanya diri...

Di manakah kau wahai iman...
Sungguh, terasa diri lumpuh dalam dosa.
Serasa tidak sesempurna dulu iman yang dimiliki saat ini...
Allah hu Allah.T_T

Ibnu_ghazali said...

wasalam..

jangan terasa diri tu lumpuh,
kerana orang yang lumpuh tidak mampu
berbuat apa-apa.

Terdiam, termangu tanpa mampu bercakap walaupun sepatah perkataan

Tetapi, saya yakin, kita mampu buat lebih daripada tu.

Kita hanyalah orang yang sesat, yang kini sedang cuba mencari arah pulang.

Berpeganglah pada hidayah, insyaAllah kita mampu menikmati kembali kemanisan iman~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Segala bentuk kritikan adalah sangat dialu-alukan. Andai masih lagi ada waktu, saya akan cuba memperbaiki setiap sisi kelemahan..

Jika berminat untuk menyebarkan artikel-artikel yang ada, boleh copy dan juga paste artikel tersebut. Cuma diharapkan dapat menyediakan link kepada blog ini kembali. Tetapi jika tak sudi, tak mengapa. Sama-sama ikhlas yuk~

Wallahua'lam. Saya hanya hamba lemah yang memerlukan kekuatan. 





 

Award

Loading...

Muslim Blogger United

Twitter Update